JOM KETAHUI,,, MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKA KOLEGEN...

3 sebab utama mengapa kulit memerlukan kolagen

Kolagen? Rasanya semua tahu apa itu kolagen. Sejak akhir2 ni perkataan kolagen ni semakin glemer. Makin banyk product berunsurkan kolagen muncul di pasaran. Masing-masing berlumba nak jual kolagen, tak kurang juga yang beli kolagen. Apa kolagen??

Kolagen berasala dari perkataan :

Kolla = gam
Gen = singkatan dari agen.
Kolagen = agen gam, atau satu bahan yang melekatkan lebih dari 60 trillion sel yang wujud dalam badan manusia antara satu sama lain.

Kolagen adalah sejenis protin, dikategorikan sebagai tisu konektif yang melibatkan lebih 30% dari kandungan protin keseluruhan badan. Pada kulit, 70% adalah kolagen, ligamen dan urat mempunyai lebih 85% kolagen.


Terdapat lebih dari 20 jenis kolagen kesemuanya dalam badan manusia. Jenis 1 dan 3 penting untuk kulit. Jenis 2 untuk sendi dan tulang manakala Jenis 7 untuk organ dalaman. Jika anda makan kolagen dari sumber lembu (bovine collagen), ianya cuma membekalkan kolagen jenis 2 yg hanya bagus untuk sendi dan bukan untuk kecantikan.

Oleh itu, penting untuk dapatkan kolagen dari sumber IKAN TERTENTU yang dapat membekalkan badan dengan kolagen 1,2,3 dan 7 yang sesuai untuk memelihara kecantikan kulit, keutuhan sendi dan kesihatan dalaman. 


Jadi mengapa kulit memerlukan kolagen?? 

Seperti yang diterangkan, kolagen merupakan protein utama dalam tisu penghubungdan bertanggungjawab untuk ketegangan kulitpelembapan kulitkelembutan kulit yang berterusan serta pembaharuan sel-sel kulitPenyelidikan membuktikan dengan jelas bahawa proses penuaan kulit berlaku dalam tisu perantara, di mana bahan utamanyaadalah kolagen. 

Terdapat 3 sebab utama kenapa kita memerlukan kolagen

1. Badan manusia akan kehilangan kolagen pada kadar 1.5% setahun apabila usia menginjak ke angka 25 tahun. Jika dihitung apabila usia mencecah 50 tahun, hampir separuh dari kandungan kolagen dalam badan sudah tiada lagi.

2. Apabila mencecah usia 30 tahun pula, bukan sahaja badan manusia kehilangan kolagen, tetapi kadar badan manusia menghasilkan kolagen juga berkurangan

3. Masalah di atas akan menjadi lebih teruk selari dengan peningkatan usia. sebab apa? Kerana bahan toksik seperti radikal bebas, pengaruh perubahan hormon, stress, pencemaran, sinar UV dan cahaya matahari, pemakanan zaman sekarang yang kurang bernutrisi dan banyak lagi faktor lain akan menyebabkan saki baki kolagen yang ada menjadi rosak dan kurang berkualiti. Kulit akan menjadi semakin berkedut termasuk sendi yang berkarat, otot londeh dan kecut, organ dalaman seperti jantung dan hati sekamin bermasalah dan lemak.

Jadi, jika tanda-tanda penting seperti yang disebutkan di No 3 di atas terjadi pada diri anda, bermakna anda sangat memerlukan kolagen. 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright by © 2010 FinazHealthBeauty
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah